Madu Kelulut dan Set Penjagaan Kulit Wajah (BBeauty Skincare) Propolis Kelulut

Madu Kelulut dan Set Penjagaan Kulit Wajah (BBeauty Skincare) Propolis Kelulut
Kami pengusaha ternakan kelulut untuk tuaian madu serta propolis. Kami menjual madu kelulut asli serta set penjagaan kulit wajah (BBeauty Skincare) propolis kelulut yang baik untuk kulit. Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan,text/whatsapp 0173182835

Friday, 12 June 2015

PENTERNAKAN KELULUT: CABARAN DAN RISIKO

  

Sarang kelulut ditenggelami banjir.

Seperti lain-lain industri penternakan, menternak lebah kelulut juga mempunyai cabaran dan risikonya yang tersendiri. Kita selalu mendengar cerita tentang kelulut lambat membina kantung madu, koloni kelulut lari dari sarangnya, kelulut diserang kulat, malah tidak kurang juga yang kehilangan log kelulut akibat dari kecurian. Inilah antara masalah-masalah dan cabaran yang terpaksa ditanggung oleh para penternak lebah kelulut. Akibatnya para penternak akan mengalami kerugian yang bukan sedikit.

 Secara ringkasnya, mengikut pengalaman kami, cabaran yang perlu dihadapi oleh para penternak adalah sebagaimana berikut;

1. Risiko Cuaca.

 Lebah kelulut amat sensitif dengan perubahan cuaca yang ketara. Misalnya, pada musim tengkujuh yang lalu, kami telah kehilangan berpuluh-puluh koloni akibat ditenggelami banjir. Ada sesetengah koloni yang dapat diselamatkan, namun kelulut akhirnya meninggalkan sarang selepas beberapa minggu, mungkin kerana log kelulut telah dimasuki air akibat hujan yang terlalu lebat. Perlu diingatkan bahawa lebah kelulut amat sensitif dengan air. Air juga amat berisiko untuk kelulut diserang kulat.

Selepas mengalami bah kuning pada bulan Disember 2014, tempat kami mengalami kemarau yang panjang, bermula pada Januari 2015 sehinggalah Mei 2015. Dalam tempoh ini, suhu boleh mencecah sehingga 34 darjah celciuis dan kadar kelembapan kurang dari 65. Sebagaimana yang kita ketahui, lebah kelulut hidup di dalam persekitaran yang sederhana lembab (kadar kelembapan 65 – 75) dan kering serta suhu sekitar 28 – 30 darjah celcius. Ini memberikan cabaran yang besar buat kelulut untuk terus mendiami di dalam sesuatu log kelulut. Akibatnya, terdapat beberapa log kelulut kami telah meninggalkan sarangnya.



Kelulut tinggalkan sarangnya.
 

2. Persekitaran

Kawasan persekitaran turut memainkan peranan besar di dalam penternakan kelulut. Kebiasaannya, kelulut akan terus mendiami di sesuatu tempat itu sekiranya ia sesuai dengan habitat asalnya. Misalnya, persekitaran yang bersih dan tidak berbau busuk amat disukai oleh kelulut. Ia perlu bebas daripada musuh-musuh utama seperti semut, lipas, cicak, ular, biawak dan seumpamanya. Keadaan sebaliknya boleh menyebabkan kelulut lari dan meninggalkan sarangnya.


3. Sumber Makanan

 Sumber makanan memainkan peranan yang amat penting kepada lebah kelulut. Sebagaimana hidupan lain, lebah kelulut akan meninggalkan sarang sekiranya sumber makanan tidak mencukupi. Mengikut kajian, lebah kelulut hanya mampu terbang sejauh 5km radius untuk mendapatkan sumber makanan. Pokok-pokok yang bergetah dan bunga-bungaan amat digemari oleh lebah kelulut. Lebah kelulut akan lebih cepat membina kantung madu sekiranya sumber pemakanan mencukupi. 


4. Kegitan Manusia Di Kawasan Penternakan Kelulut.

 Pembakaran terbuka perlu dielakkan. Asap yang tebal boleh mengakibatkan kelulut lari meninggalkan sarang. Menternak ayam itik dan seumpamanya adalah tidak digalakkan. Jumlah koloni kelulut akan berkurang akibat dimakan oleh ayam itik.


Pemandangan sebuah taman kelulut


5. Pemotongan Log Kelulut.

Pemotongan yang betul terhadap log kelulut boleh menentukan sesuatu koloni itu membina kantung madu di dalam kotak haif atau tidak. Pemotongan yang salah boleh mengakibatkan koloni kelulut tidak membina kantung madu atau lebih teruk lagi, lari meninggalkan sarangnya. Jika kurang pasti, anda perlu mendapat khidmat pakar untuk melakukannya.

Mungkin terdapat banyak lagi cabaran dan risiko yang perlu dihadapi. Insya Allah kita akan berkongsi pada posting yang akan datang. Semoga perkonsian ini memanfaatkan anda. Selamat maju jaya.

Anda juga boleh melayari fb kami di kelulut Nadz-Bio atau Instagram kami NADZ-Bio untuk mendapat maklumat ringkas tentang kelulut.

3 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan Nazri,
    Terima kasih atas info ini.. saya gunakannya untuk bahan penulisan saya ya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.Tuan,mcm mana cara utk elak semut naik ke dalam log?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, kelulut saya tak menghasilkan madu . Pelbagai bunga byk berdekatan spt air mata pengantin , bunga belimbing besi , dll. Kelulut lain yg dtg. Dah 10 bulan dah sy membelinya. Kelulutnya pun agak garang dan menggigit. Apa perlu sy buat

    ReplyDelete