Madu Kelulut dan Set Penjagaan Kulit Wajah (BBeauty Skincare) Propolis Kelulut

Madu Kelulut dan Set Penjagaan Kulit Wajah (BBeauty Skincare) Propolis Kelulut
Kami pengusaha ternakan kelulut untuk tuaian madu serta propolis. Kami menjual madu kelulut asli serta set penjagaan kulit wajah (BBeauty Skincare) propolis kelulut yang baik untuk kulit. Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan,text/whatsapp 0173182835

Monday 31 August 2015

KEMERIAHAN PENTERAKAN KELULUT

WOW... MERIAHNYA PENTERNAKAN LEBAH KELULUT

Penternakan lebah kelulut kini semakin rancak. Ramai di kalangan rakyat Malaysia terutama di kampung-kampung sudah mengetahui tentang penternakan lebah kelulut. Para pencari log kelulut pula sibuk dengan mencari di segenap pelosok kampung, di segenap dusun atau pokok-pokok yang didiami oleh lebah kelulut. Para penyedia log kelulut juga tak kurang sibuknya. Memotong log kelulut, dibuat topping, sebelum di hantar ke ladang, samada untuk dibela sendiri atau dihantar kepada pelanggan yang sudah sedia untuk membeli log tersebut. Itulah sedikit gambaran mengenai fenomena penternakan kelulut pada masa kini. Tahniah juga kepada pihak berkuasa yang berkaitan kerana telah memberi kesedaran terutama kepada para petani untuk menambahkan lagi pendapatan mereka.




Ladang Kelulut
                                             
Tak dinafikan, penternakan lebah kelulut boleh menambahkan pendapatan, terutama kepada para petani yang terlibat. Malah ia juga boleh memberikan manfaat kepada industri yang terlibat, seperti makanan kesihatan dan orang ramai secara keseluruhannya. Sekarang ni banyak seminar serta kursus yang dianjurkan samada oleh pihak awam atau swasta.. Pokoknya, kita perlu mempunyai ilmu yang cukup sebelum menceburi sesuatu bidang. Perkara-perkara seperti 'do's' and 'don'ts' adalah sesuatu yang wajib diketahui sebelum seseorang itu memulakan penternakan kelulut.


                  Kelulut Hiasan Bunga Kegemaran Kelulut

Potensi-potensi penternakan kelulut juga sangat banyak. Potensi madu, propolis, bee bread, hiasan, nursery malah pelancongan dan lain-lain perlu diterokai sepenuhnya. Lihatlah betapa besarnya potensi lebah kelulut ni. Tidak hairanlah kalau ia bertambah saban hari.

Dalam keghairahan kita menternak kelulut, perlu diingatkan bahawa ianya tidak begitu mudah. Banyak juga cabaran yang perlu ditempuhi. Mengikut pengalaman penulis, cabaran yang paling besar adalah kelulut lari meninggalkan sarang. Saya tidak mahu sentuh panjang di sini kerana telah ditulis pada posting yang lepas. Namun, apa yang nak ditekankan bahawa kita perlu terima hakikat bahawa kelulut yang dibela akan lari meninggalkan sarangnya.... suatu hari nanti. Perkara ini berlaku terutamanya selepas setahun atau lebih.


                                                                        Madu dan propolis

Apa pula tindakan kita?...Nak beli log baru?... Log dah habis kena tebang! Kalau ada pun, kelulut yang baru bersarang. Bawa balik tiga hari.... Lari lagi.... Dengan itu kita kena belajar bagaimana untuk membuat pembiakan koloni. Insya Allh saya akan kongsikan pada posting yang akan datang.
Semoga perkongsian ini memanfaatkan kita semua. Selamat maju jaya.