Kali ini kami ingin membuat perkongsian dengan anda tentang lebah kelulut bukanlah sekadar madu semata-mata. Tahukah anda bahawa koloni kelulut yang dibela tu...boleh dijadikan bahan hiasan. Selain diternak untuk tuaian madu, ia juga boleh dijadikan bahan hiasan di rumah anda....CANTIK DAN KLASIK. Sila lihat gambar dibawah.
Kelulut yang bersarang di dalam tunggul kayu sebegini amat sukar untuk ditemui. Namun, kami agak bernasib baik kerana dapat memilikinya. Selain dijadikan bahan hiasan, kelulut ini akan menghasilkan madu sebagaimana koloni-koloni yang lain.
Mungkin timbul persoalan bagaimana untuk menjaganya atau dimanakah tempat yang sesuai untuk diletakkan koloni yang cantik dan mahal ini? Anda boleh memilih sendiri dimanakah tempat yang sesuai. Misalnya gambar di bawah menunjukkan koloni kelulut dijadikan hiasan di hadapan rumah....di hadapan dan bersebelahan pintu masuk.
Kelulut sebagai hiasan di pintu masuk |
Apa yang penting di dalam memilih lokasi adalah ia tidak menghalang pintu keluar masuk. Jangan risau tentang terkena gigitan kerana lebah kelulut tidak mempunyai sengat. Kalaupun terkena gigitan, ia tidak sakit mahupun membengkak. Kebiasaannya, kelulut tidak akan memggigit sekiranya kita tidak "mengusik" sarangnya.
Sebaik-baiknya, koloni kelulut ini diletakkan di tempat yang teduh....almaklumlah ianya mahal. Namun, yang lebih penting lagi, sayugia diingatkan bahawa kelulut tidak menyukai untuk berada di bawah panas terik matahari. Kelulut boleh lari dan meninggalkan sarangnya sekiranya terlalu panas...Lihat posting saya tentang risiko dan cabaran penternakan kelulut pada posting yang lepas, klik di sini
Terdapat pelbagai bentuk koloni kelulut yang boleh dijadikan hiasan. Ada yang gemar dijadikan bonsai. Gambar di bawah menunjukkan bagaimana koloni kelulut sebagai bonsai yang masih lagi dalam proses penyiapan.
Mungkin anda berminat untuk memiliki kelulut hiasan ini. Selain dapat menuai madu untuk diminum sendiri, koloni kelulut ini boleh dijadikan hiasan yang sangat cantik dirumah anda.
Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan sila SMS/Wassap ke 0173182835.
Anda juga boleh follow FB kami di kelulut Nadz Bio atau instagram : NADZ-Bio untuk mendapatkan maklumat lanjut dan tips-tips ringkas tentang kelulut.