BUNGA AIR MATA PENGANTIN (AMP)
Kali ini saya ingin buat perkongsian tentang pemakanan untuk kelulut. Pemakanan untuk kelulut merupakan satu aspek penting bagi penternak kelulut. Kadang-kadang kita terlupa tentang isu ini, Walaupun nampak remeh, faktor pemakanan merupakan antara faktor yang penting untuk penjagaan kelulut, agar ia merasa selesa untuk tinggal di sesuatu tempat. Kelulut boleh lari meninggalkan log, sekiranya sesuatu tempat itu tidak mempunyai sumber makanan yang cukup.
Pokok AMP yang ditanam untuk makanan kelulut |
Bayangkan, kos membeli log kelulut pada purata RM 500.00 setiap satu, akhirnya kelulut lari meninggalkan sarangnya, hanya akibat kekurangan makanan. Setelah kelulut lari, kita akan mengalami kerugian kerana tidak dapat menuai madu buat selamanya. Sedangkan kos bagi menyediakan pokok bunga atau tanaman untuk makanan kelulut adalah jauh lebih rendah.
Lazimnya, kelulut menyukai semua jenis bunga. Tidak kira ianya dari pokok apa. Persoalannya, pokok apakah yang boleh berbunga sepanjang musim? Kebanyakan pokok ditempat kita berbunga mengikut musim. Pokok durian misalnya, hanya berbunga sekali setahun. Sedangkan kelulut yang diternak memerlukan bunga sepanjang musim sebagai sumber makanan. Antara pokok yang popular bagi penternak kelulut adalah pokok air mata pengantin (AMP). Pokok AMP mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Mempunyai bunga yang lebat dan berbunga sepanjang musim. Senang dipindah atau dibeli kerana tidak perlu beli anak pokok dalam polibag, cukup hanya beli biji benih dan disemai di rumah. Mampu berbunga dalam tempoh yang singkat, antara tiga ke lima bulan, jika dijaga dengan rapi. Pada sesiapa yang berminat, boleh sms/whatsapp 0173182835.
Bunga AMP yang menjadi kegemaran kelulut |
Biji benih AMP |
Untuk keterangan lanjut, boleh layari facebook kami di Kelulut Nadz Bio dan Kosmetik Nadz Bio atau di Instagram Kelulut Nadz Bio dan Kosmetik Nadz Bio. Selamat Maju Jaya.