Madu Kelulut dan Set Penjagaan Kulit Wajah (BBeauty Skincare) Propolis Kelulut

Madu Kelulut dan Set Penjagaan Kulit Wajah (BBeauty Skincare) Propolis Kelulut
Kami pengusaha ternakan kelulut untuk tuaian madu serta propolis. Kami menjual madu kelulut asli serta set penjagaan kulit wajah (BBeauty Skincare) propolis kelulut yang baik untuk kulit. Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan,text/whatsapp 0173182835

Friday, 3 July 2015

KELULUT TAK NAIK......APAKAH PUNCANYA?

Antara masalah yang selalu menghantui para penternak lebah kelulut adalah kelulut tidak mahu naik ke dalam kotak haif. Jika kelulut tidak mahu naik ke dalam kotak haif, bermakna kelulut tidak akan membina kantung-kantung madu yang akan diisi madu oleh kelulut kemudiannya. Jika ini berlaku, penternak atau pengusaha kelulut tidak akan mendapat hasil madu yang sepatutnya.

Sebagai panduan (rule of thumb), kelulut akan terus naik ke dalam kotak haif sebaik sahaja pemasangan kotak haif selesai. Dan selepas 3 hari, kita boleh lihat dengan jelas beberapa kantung madu yang sudah siap dibina oleh kelulut. Jikalau ini tidak berlaku, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Di bawah ini diperturunkan beberapa sebab utama kenapa kelulut tidak mahu naik ke dalam kotak haif.

1. Pemotongan log kelulut
     Pemotongan yang betul terhadap log kelulut amat penting bagi memastikan kelulut naik ke dalam kotak haif. Jadi, sebelum pemotongan dibuat, perhatikan betul-betul, dimanakah letaknya kantung madu, bee bread dan telur kelulut. Sebagaimana lazim, saiz keseluruhan sarang kelulut di dalam log adalah antara 150mm ke 200mm bagi trigona itama. Selebihnya adalah kantung-kantung madu dan bee bread yang dijadikan makanan tambahan di musim kesukaran mendapatkan sumber makanan. Secara logiknya, kita perlu memberikan sedikit 'allowance' kepada kelulut bagi menghadapi musim kesukaran mendapatkan makanan. Ini bagi mengelakkan kelulut daripada lari di kemudian hari. Jadi..nak potong kat mana? mengikut  pengalaman penulis, pemotongan perlu dibuat betul-betul di atas telur kelulut.

2. Kedudukan log kelulut

    Ada sesetengah log kelulut mempunyai posisi sarangnya yang tersendiri. Misalnya, kedudukan rongga log yang menurun ke bawah mnyebabkan posisi telur, kantung madu dan bee bread adalah berlawanan dengan kedudukan kedudukan log. Jangan risau tentang kedudukan menyongsang. Yang penting, pemasangan kotak haif mestilah di atas telur kelulut.

3. Luas rongga log kelulut

    Ada sesetengah log kelulut mempunyai ruang yang sangat luas menyebabkan kelulut sangat selesa berada di dalam log dan tidak mahu naik ke dalam kotak haif. Jika ini berlaku, anda perlu hapuskan rongga yang besar itu dengan menutup rongga tersebut menggunakan plastik dan sebagainya. Jika ada kantung madu, tuailah madu dahulu sebelum anda menutup ronnga tersebut.

4. Sumber makanan
    
    Sumber makanan amat penting bagi semua hidupan yang bernyawa. Kelulut perlukan sumber makanan yang cukup untuk meneruskan kelangsungan hidup dan membina kantung madu di dalam kotak haif. Antara sumber yang penting adalah pokok bunga-bungaan dan pokok-pokok yang bergetah. Selain sumber madu, pokok bergetah amat penting bagi kelulut untuk mengelakkan dari serangan musuh dan membina kantung madu. InsyaAllah saya akan kongsikan jenis-jenis tumbuhan yang sesuai bagi penternakan kelulut pada posting yang akan datang.

5. Musim yang sesuai

    Pemasangan kotak haif pada musim yang sesuai juga penting agar kelulut akan naik dengan cepat ke dalam kotak haif. Bila? Jawapannya adalah pada musim sumber makanan yang mencukupi. Bagi kami di Pantai Timur, musim yang sesuai adalah antara bulan April sehingga bulan Julai. Ini kerana pokok-pokok mula mengeluarkan bunga dan sesetengahnya sedang berbuah.

6. Pasang kotak dah betul....tapi tak naik-naik!

    Antara usaha yang perlu dibuat adalah anda perlu membuat tinjauan secara berkala, terutama selepas baru sahaja pemasangan kotak haif selesai. Kemungkinan log kelulut diserang musuh seperti semut, anai-anai, lipas, cicak, dan seumpamanya. Tujuh hari adalah tempoh yang paling kritikal bagi kelulut untuk merasakan dirinya selamat mendiami sarang tersebut. Andai semuanya ok, InsyaAllah kelulut akan naik. Jika tidak, bukalah (korek) ruang atas yang ditutup kelulut bagi membolehkan ia naik ke atas. 

Itulah antara punca utama kenapa kelulut tak naik dan cara mengatasinya. 
Log yang baru siap dipasang kotak haif

kelulut naik selepas 3 hari
keadaan kotak haif selepas 3 bulan




Sebarang pertanyaan, anda boleh whatsapp 0173182835 atau anda boleh layari fb kelulut nadz bio atau instagram NADZ-Bio untuk tips tips ringkas dan mengetahui produk-produk kami.