Antara masalah yang selalu menghantui para penternak lebah kelulut adalah kelulut tidak mahu naik ke dalam kotak haif. Jika kelulut tidak mahu naik ke dalam kotak haif, bermakna kelulut tidak akan membina kantung-kantung madu yang akan diisi madu oleh kelulut kemudiannya. Jika ini berlaku, penternak atau pengusaha kelulut tidak akan mendapat hasil madu yang sepatutnya.
Sebagai panduan (rule of thumb), kelulut akan terus naik ke dalam kotak haif sebaik sahaja pemasangan kotak haif selesai. Dan selepas 3 hari, kita boleh lihat dengan jelas beberapa kantung madu yang sudah siap dibina oleh kelulut. Jikalau ini tidak berlaku, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Di bawah ini diperturunkan beberapa sebab utama kenapa kelulut tidak mahu naik ke dalam kotak haif.
1. Pemotongan log kelulut
Sebarang pertanyaan, anda boleh whatsapp 0173182835 atau anda boleh layari fb kelulut nadz bio atau instagram NADZ-Bio untuk tips tips ringkas dan mengetahui produk-produk kami.
Pemotongan yang betul terhadap log kelulut amat penting bagi memastikan kelulut naik ke dalam kotak haif. Jadi, sebelum pemotongan dibuat, perhatikan betul-betul, dimanakah letaknya kantung madu, bee bread dan telur kelulut. Sebagaimana lazim, saiz keseluruhan sarang kelulut di dalam log adalah antara 150mm ke 200mm bagi trigona itama. Selebihnya adalah kantung-kantung madu dan bee bread yang dijadikan makanan tambahan di musim kesukaran mendapatkan sumber makanan. Secara logiknya, kita perlu memberikan sedikit 'allowance' kepada kelulut bagi menghadapi musim kesukaran mendapatkan makanan. Ini bagi mengelakkan kelulut daripada lari di kemudian hari. Jadi..nak potong kat mana? mengikut pengalaman penulis, pemotongan perlu dibuat betul-betul di atas telur kelulut.
2. Kedudukan log kelulut
Ada sesetengah log kelulut mempunyai posisi sarangnya yang tersendiri. Misalnya, kedudukan rongga log yang menurun ke bawah mnyebabkan posisi telur, kantung madu dan bee bread adalah berlawanan dengan kedudukan kedudukan log. Jangan risau tentang kedudukan menyongsang. Yang penting, pemasangan kotak haif mestilah di atas telur kelulut.
3. Luas rongga log kelulut
Ada sesetengah log kelulut mempunyai ruang yang sangat luas menyebabkan kelulut sangat selesa berada di dalam log dan tidak mahu naik ke dalam kotak haif. Jika ini berlaku, anda perlu hapuskan rongga yang besar itu dengan menutup rongga tersebut menggunakan plastik dan sebagainya. Jika ada kantung madu, tuailah madu dahulu sebelum anda menutup ronnga tersebut.
4. Sumber makanan
Sumber makanan amat penting bagi semua hidupan yang bernyawa. Kelulut perlukan sumber makanan yang cukup untuk meneruskan kelangsungan hidup dan membina kantung madu di dalam kotak haif. Antara sumber yang penting adalah pokok bunga-bungaan dan pokok-pokok yang bergetah. Selain sumber madu, pokok bergetah amat penting bagi kelulut untuk mengelakkan dari serangan musuh dan membina kantung madu. InsyaAllah saya akan kongsikan jenis-jenis tumbuhan yang sesuai bagi penternakan kelulut pada posting yang akan datang.
5. Musim yang sesuai
Pemasangan kotak haif pada musim yang sesuai juga penting agar kelulut akan naik dengan cepat ke dalam kotak haif. Bila? Jawapannya adalah pada musim sumber makanan yang mencukupi. Bagi kami di Pantai Timur, musim yang sesuai adalah antara bulan April sehingga bulan Julai. Ini kerana pokok-pokok mula mengeluarkan bunga dan sesetengahnya sedang berbuah.
6. Pasang kotak dah betul....tapi tak naik-naik!
Antara usaha yang perlu dibuat adalah anda perlu membuat tinjauan secara berkala, terutama selepas baru sahaja pemasangan kotak haif selesai. Kemungkinan log kelulut diserang musuh seperti semut, anai-anai, lipas, cicak, dan seumpamanya. Tujuh hari adalah tempoh yang paling kritikal bagi kelulut untuk merasakan dirinya selamat mendiami sarang tersebut. Andai semuanya ok, InsyaAllah kelulut akan naik. Jika tidak, bukalah (korek) ruang atas yang ditutup kelulut bagi membolehkan ia naik ke atas.
Itulah antara punca utama kenapa kelulut tak naik dan cara mengatasinya.
Log yang baru siap dipasang kotak haif |
kelulut naik selepas 3 hari |
keadaan kotak haif selepas 3 bulan |
Sebarang pertanyaan, anda boleh whatsapp 0173182835 atau anda boleh layari fb kelulut nadz bio atau instagram NADZ-Bio untuk tips tips ringkas dan mengetahui produk-produk kami.
Yang saya punya dh masuk 2.5 bln tapi kelulut belum membuat katung lg. Terdapat bbrp ekor kelulut berada dlm hive. Mohon bg tuan pandangan. Terima kasih
ReplyDeletetuan, macam mana nak halau kelulut kat kereta
ReplyDeleteTn.. bila kotak haif sudah penuh dgn kantung..apa perlu kita buat. Tkasih
ReplyDeletetuan..topping saya penuh dgn beebread..dgn hanya sebahagian sahaja berisi madu..adakah ni normal
ReplyDeletetuan,mslh sy,kelulut sering menutupi lubang topping,wlupun sy dh korek,slps itu d tutup kmbali..adakah sy perlu tukar topping br tuan?
ReplyDelete