Sesuatu yang perlu diketahui oleh semua penternak kelulut adalah kelulut tidak suka kepada suhu panas melampau dan air, termasuk air hujan. Oleh itu, sebagai penternak kelulut, kita perlu melindungi kelulut daripada kedua-dua keadaan tersebut. Kegagalan berbuat demikian akan mendatangkan malapetaka kepada kelulut. Akhirnya, kelulut akan lari meninggalkan sarangnya dan penternak akan mengalami kerugian. Persoalannnya, apa yang dikatakan panas melampau dan bagaimana untuk menghindarinya? Apa pula yang dikatakan lindungi daripada hujan kerana di pokok pun tak akan terlindung hujan?
Panas Terik Matahari.
Pendedahan sarang kelulut di bawah panas terik dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan kelulut mati. Antara tanda-tanda kelulut mengalami kepanasan adalah pencairan propolis di dalam kotak haif. Kantung-kantung madu dalam kotak haif akan mencair dan bertukar kepada warna kehitaman sekiranya ia terdedah kepada kepanasan.
Penggunaan jejaring untuk melindungi sarang kelulut |
Penutup atas dipanjangkan sedikit |
Styrofoam digunakan untuk menebat haba |
Penggunaan jejaring dapat membantu sarang kelulut daripada terkena air hujan secara terus. Rekaan kotak haif juga perlu mengambilkira hal ini. Misalnya, saiz kotak dipnjangkan sedikit di bahagian pintu masuk agar dapat melindungi pintu masuk, bukan sahaja dari terik matahari bahkan juga hujan.
Pembinaan atap berbumbung dapat membantu mengatasi masalah panas dan hujan |
Lebih baik lagi, binalah teduhan yang beratap agar masalah kepanasan dan air hujan dapat diatasi sepenuhnya. Walaupun memerlukan kos pelaburan yang lebih tinggi, sebagai penternak kelulut yang serius, ianya berbaloi
Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada semua. SELAMAT MAJUJAYA.
No comments:
Post a Comment