Assalamualaikum..
Saya akan menceritakan tentang khasiat madu kelulut pada entri pertama ini.
Firman
Allah S.W.T dalam surah An-Nahl ayat 68 hingga 69 yang bermaksud,: “Dan Tuhanmu
mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit , di
pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.” “Dari perut lebah itu
keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat
yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar
terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”
Mengikut
kajian yang dilakukan oleh pihak MARDI, USM, UniMAP dan UMK, antara khasiat
madu kelulut adalah:
- Madu kelulut mengandungi asid fenolik bebas yang boleh bertindak sebagai antikanser, antitumor, antioksidan, menurunkan glukosa, mengurangkan kerosakan fungsi ginjal, dan menguatkan tulang – Mohd Fahimee Jaapar (MARDI)
- Madu kelulut boleh membantu mengurangkan masalah kencing manis, darah tinggi, kanser, strok, hepatitis dan batu karang – Utusan Malaysia (20/5/2011)
- Madu kelulut mengandungi bahan antioksidan yang tinggi dan amat baik untuk kesihatan – Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed (Pengarah Kampus Kesihatan USM)
- Madu kelulut mengandungi bahan antioksidan yang tinggi boleh membantu membekalkan nutrient, melindungi dan menyihatkan bahagian dalaman badan, mengurangkan masalah pencernaan, dan melambatkan proses penuaan – Prof Dr Siti Amrah Sulaiman (Penyelaras Penyelidikan Perubatan Tradisional dan Komplimentari PPSP USM)
- Madu kelulut boleh memperlahankan pertumbuhan sel kanser, mengecutkan keradangan, menambahkan tenaga batin, baik untuk wanita baru bersalin dan membantu merawat kecederaan dalaman – (MARDI)
No comments:
Post a Comment