Madu Kelulut dan Set Penjagaan Kulit Wajah (BBeauty Skincare) Propolis Kelulut

Madu Kelulut dan Set Penjagaan Kulit Wajah (BBeauty Skincare) Propolis Kelulut
Kami pengusaha ternakan kelulut untuk tuaian madu serta propolis. Kami menjual madu kelulut asli serta set penjagaan kulit wajah (BBeauty Skincare) propolis kelulut yang baik untuk kulit. Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan,text/whatsapp 0173182835

Monday, 31 August 2015

KEMERIAHAN PENTERAKAN KELULUT

WOW... MERIAHNYA PENTERNAKAN LEBAH KELULUT

Penternakan lebah kelulut kini semakin rancak. Ramai di kalangan rakyat Malaysia terutama di kampung-kampung sudah mengetahui tentang penternakan lebah kelulut. Para pencari log kelulut pula sibuk dengan mencari di segenap pelosok kampung, di segenap dusun atau pokok-pokok yang didiami oleh lebah kelulut. Para penyedia log kelulut juga tak kurang sibuknya. Memotong log kelulut, dibuat topping, sebelum di hantar ke ladang, samada untuk dibela sendiri atau dihantar kepada pelanggan yang sudah sedia untuk membeli log tersebut. Itulah sedikit gambaran mengenai fenomena penternakan kelulut pada masa kini. Tahniah juga kepada pihak berkuasa yang berkaitan kerana telah memberi kesedaran terutama kepada para petani untuk menambahkan lagi pendapatan mereka.




Ladang Kelulut
                                             
Tak dinafikan, penternakan lebah kelulut boleh menambahkan pendapatan, terutama kepada para petani yang terlibat. Malah ia juga boleh memberikan manfaat kepada industri yang terlibat, seperti makanan kesihatan dan orang ramai secara keseluruhannya. Sekarang ni banyak seminar serta kursus yang dianjurkan samada oleh pihak awam atau swasta.. Pokoknya, kita perlu mempunyai ilmu yang cukup sebelum menceburi sesuatu bidang. Perkara-perkara seperti 'do's' and 'don'ts' adalah sesuatu yang wajib diketahui sebelum seseorang itu memulakan penternakan kelulut.


                  Kelulut Hiasan Bunga Kegemaran Kelulut

Potensi-potensi penternakan kelulut juga sangat banyak. Potensi madu, propolis, bee bread, hiasan, nursery malah pelancongan dan lain-lain perlu diterokai sepenuhnya. Lihatlah betapa besarnya potensi lebah kelulut ni. Tidak hairanlah kalau ia bertambah saban hari.

Dalam keghairahan kita menternak kelulut, perlu diingatkan bahawa ianya tidak begitu mudah. Banyak juga cabaran yang perlu ditempuhi. Mengikut pengalaman penulis, cabaran yang paling besar adalah kelulut lari meninggalkan sarang. Saya tidak mahu sentuh panjang di sini kerana telah ditulis pada posting yang lepas. Namun, apa yang nak ditekankan bahawa kita perlu terima hakikat bahawa kelulut yang dibela akan lari meninggalkan sarangnya.... suatu hari nanti. Perkara ini berlaku terutamanya selepas setahun atau lebih.


                                                                        Madu dan propolis

Apa pula tindakan kita?...Nak beli log baru?... Log dah habis kena tebang! Kalau ada pun, kelulut yang baru bersarang. Bawa balik tiga hari.... Lari lagi.... Dengan itu kita kena belajar bagaimana untuk membuat pembiakan koloni. Insya Allh saya akan kongsikan pada posting yang akan datang.
Semoga perkongsian ini memanfaatkan kita semua. Selamat maju jaya.

Sunday, 9 August 2015

LINDUNGILAH KELULUT ANDA DARI PANAS DAN HUJAN

Sesuatu yang perlu diketahui oleh semua penternak kelulut adalah kelulut tidak suka kepada suhu panas melampau dan air, termasuk air hujan. Oleh itu, sebagai penternak kelulut, kita perlu melindungi kelulut daripada kedua-dua keadaan tersebut. Kegagalan berbuat demikian akan mendatangkan malapetaka kepada kelulut. Akhirnya, kelulut akan lari meninggalkan sarangnya dan penternak akan mengalami kerugian. Persoalannnya, apa yang dikatakan panas melampau dan bagaimana untuk menghindarinya? Apa pula yang dikatakan lindungi daripada hujan kerana di pokok pun tak akan terlindung hujan?

Panas Terik Matahari.
Pendedahan sarang kelulut di bawah panas terik dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan kelulut mati. Antara tanda-tanda kelulut mengalami kepanasan adalah pencairan propolis di dalam kotak haif. Kantung-kantung madu dalam kotak haif akan mencair dan bertukar kepada warna kehitaman sekiranya ia terdedah kepada kepanasan.
Penggunaan jejaring untuk melindungi sarang kelulut
Bagaimana untuk mengatasi kepanasan terhadap kelulut anda? Kelulut akan berasa selesa jika suhu di kawasan sarangnya tidak melebihi 30 darjah Celsius. Sekiranya kelulut terdedah kepada suhu yang lebih tinggi dalam tempoh yang lama, anda akan mengalami risiko kelulut meninggalkan sarang. Penggunaan jejaring dapat membantu mengurangkan panas terik kepada sarang kelulut.

Penutup atas dipanjangkan sedikit
Styrofoam digunakan untuk menebat haba





 Ketebalan log kelulut juga memainkan peranan sekiranya sarang kelulut anda terdedah kepada cuaca panas. Log kelulut yang besar dapat membantu melambatkan penembusan haba ke dalam sarang kelulut. Bagi yang menggunakan kaedah topping, rekabentuk kotak perlu mengambilkira keadaan ini. Sebaiknya, kotak dibuat menggunakan papan yang lebih tebal, manakala penutupnya pula disediakan ruang untuk pengudaraan semulajadi. Pada bahagian atas kotak pula perlu diletakkan penebat haba seperti ‘styrofoam’ untuk melambatkan penembusan haba ke dalam kotak topping.



 Air Hujan
 Air hujan yang menimpa terus kepada sarang kelulut boleh merencatkan kegiatan kelulut. Propolis yang terkena air hujan akan rosak dan kelulut terpaksa berkerja keras untuk membaiki sarangnya semula. Lebih teruk lagi, air yang memasuki sarang kelulut akan menyebabkan serangan kulat dan bakteria seperti ulat.
Penggunaan jejaring dapat membantu sarang kelulut daripada terkena air hujan secara terus. Rekaan kotak haif juga perlu mengambilkira hal ini. Misalnya, saiz kotak dipnjangkan sedikit di bahagian pintu masuk agar dapat melindungi pintu masuk, bukan sahaja dari terik matahari bahkan juga hujan.
Pembinaan atap berbumbung dapat membantu mengatasi masalah panas dan hujan

Lebih baik lagi, binalah teduhan yang beratap agar masalah kepanasan dan air hujan dapat diatasi sepenuhnya. Walaupun memerlukan kos pelaburan yang lebih tinggi, sebagai penternak kelulut yang serius, ianya berbaloi
Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada semua. SELAMAT MAJUJAYA.
 


Friday, 3 July 2015

KELULUT TAK NAIK......APAKAH PUNCANYA?

Antara masalah yang selalu menghantui para penternak lebah kelulut adalah kelulut tidak mahu naik ke dalam kotak haif. Jika kelulut tidak mahu naik ke dalam kotak haif, bermakna kelulut tidak akan membina kantung-kantung madu yang akan diisi madu oleh kelulut kemudiannya. Jika ini berlaku, penternak atau pengusaha kelulut tidak akan mendapat hasil madu yang sepatutnya.

Sebagai panduan (rule of thumb), kelulut akan terus naik ke dalam kotak haif sebaik sahaja pemasangan kotak haif selesai. Dan selepas 3 hari, kita boleh lihat dengan jelas beberapa kantung madu yang sudah siap dibina oleh kelulut. Jikalau ini tidak berlaku, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Di bawah ini diperturunkan beberapa sebab utama kenapa kelulut tidak mahu naik ke dalam kotak haif.

1. Pemotongan log kelulut
     Pemotongan yang betul terhadap log kelulut amat penting bagi memastikan kelulut naik ke dalam kotak haif. Jadi, sebelum pemotongan dibuat, perhatikan betul-betul, dimanakah letaknya kantung madu, bee bread dan telur kelulut. Sebagaimana lazim, saiz keseluruhan sarang kelulut di dalam log adalah antara 150mm ke 200mm bagi trigona itama. Selebihnya adalah kantung-kantung madu dan bee bread yang dijadikan makanan tambahan di musim kesukaran mendapatkan sumber makanan. Secara logiknya, kita perlu memberikan sedikit 'allowance' kepada kelulut bagi menghadapi musim kesukaran mendapatkan makanan. Ini bagi mengelakkan kelulut daripada lari di kemudian hari. Jadi..nak potong kat mana? mengikut  pengalaman penulis, pemotongan perlu dibuat betul-betul di atas telur kelulut.

2. Kedudukan log kelulut

    Ada sesetengah log kelulut mempunyai posisi sarangnya yang tersendiri. Misalnya, kedudukan rongga log yang menurun ke bawah mnyebabkan posisi telur, kantung madu dan bee bread adalah berlawanan dengan kedudukan kedudukan log. Jangan risau tentang kedudukan menyongsang. Yang penting, pemasangan kotak haif mestilah di atas telur kelulut.

3. Luas rongga log kelulut

    Ada sesetengah log kelulut mempunyai ruang yang sangat luas menyebabkan kelulut sangat selesa berada di dalam log dan tidak mahu naik ke dalam kotak haif. Jika ini berlaku, anda perlu hapuskan rongga yang besar itu dengan menutup rongga tersebut menggunakan plastik dan sebagainya. Jika ada kantung madu, tuailah madu dahulu sebelum anda menutup ronnga tersebut.

4. Sumber makanan
    
    Sumber makanan amat penting bagi semua hidupan yang bernyawa. Kelulut perlukan sumber makanan yang cukup untuk meneruskan kelangsungan hidup dan membina kantung madu di dalam kotak haif. Antara sumber yang penting adalah pokok bunga-bungaan dan pokok-pokok yang bergetah. Selain sumber madu, pokok bergetah amat penting bagi kelulut untuk mengelakkan dari serangan musuh dan membina kantung madu. InsyaAllah saya akan kongsikan jenis-jenis tumbuhan yang sesuai bagi penternakan kelulut pada posting yang akan datang.

5. Musim yang sesuai

    Pemasangan kotak haif pada musim yang sesuai juga penting agar kelulut akan naik dengan cepat ke dalam kotak haif. Bila? Jawapannya adalah pada musim sumber makanan yang mencukupi. Bagi kami di Pantai Timur, musim yang sesuai adalah antara bulan April sehingga bulan Julai. Ini kerana pokok-pokok mula mengeluarkan bunga dan sesetengahnya sedang berbuah.

6. Pasang kotak dah betul....tapi tak naik-naik!

    Antara usaha yang perlu dibuat adalah anda perlu membuat tinjauan secara berkala, terutama selepas baru sahaja pemasangan kotak haif selesai. Kemungkinan log kelulut diserang musuh seperti semut, anai-anai, lipas, cicak, dan seumpamanya. Tujuh hari adalah tempoh yang paling kritikal bagi kelulut untuk merasakan dirinya selamat mendiami sarang tersebut. Andai semuanya ok, InsyaAllah kelulut akan naik. Jika tidak, bukalah (korek) ruang atas yang ditutup kelulut bagi membolehkan ia naik ke atas. 

Itulah antara punca utama kenapa kelulut tak naik dan cara mengatasinya. 
Log yang baru siap dipasang kotak haif

kelulut naik selepas 3 hari
keadaan kotak haif selepas 3 bulan




Sebarang pertanyaan, anda boleh whatsapp 0173182835 atau anda boleh layari fb kelulut nadz bio atau instagram NADZ-Bio untuk tips tips ringkas dan mengetahui produk-produk kami.

Sunday, 21 June 2015

LEBAH KELULUT BUKAN SEKADAR MADU

Kali ini kami ingin membuat perkongsian dengan anda tentang lebah kelulut bukanlah sekadar madu semata-mata. Tahukah anda bahawa koloni kelulut yang dibela tu...boleh dijadikan bahan hiasan. Selain diternak untuk tuaian madu, ia juga boleh dijadikan bahan hiasan di rumah anda....CANTIK DAN KLASIK. Sila lihat gambar dibawah.

Koloni kelulut yang bersarang di dalam tunggul kayu

Kelulut yang bersarang di dalam tunggul kayu sebegini amat sukar untuk ditemui. Namun, kami agak bernasib baik kerana dapat memilikinya. Selain dijadikan bahan hiasan, kelulut ini akan menghasilkan madu sebagaimana koloni-koloni yang lain.

Mungkin timbul persoalan bagaimana untuk menjaganya atau dimanakah tempat yang sesuai untuk diletakkan koloni yang cantik dan mahal ini? Anda boleh memilih sendiri dimanakah tempat yang sesuai. Misalnya gambar di bawah menunjukkan koloni kelulut dijadikan hiasan di hadapan rumah....di hadapan dan bersebelahan pintu masuk. 

Kelulut sebagai hiasan di pintu masuk


Apa yang penting di dalam memilih lokasi adalah ia tidak menghalang pintu keluar masuk. Jangan risau tentang terkena gigitan kerana lebah kelulut tidak mempunyai sengat. Kalaupun terkena gigitan, ia tidak sakit mahupun membengkak. Kebiasaannya, kelulut tidak akan memggigit sekiranya kita tidak "mengusik" sarangnya.

Sebaik-baiknya, koloni kelulut ini diletakkan di tempat yang teduh....almaklumlah ianya mahal. Namun, yang lebih penting lagi, sayugia diingatkan bahawa kelulut tidak menyukai untuk berada di bawah panas terik matahari. Kelulut boleh lari dan meninggalkan sarangnya sekiranya terlalu panas...Lihat posting saya tentang risiko dan cabaran penternakan kelulut pada posting yang lepas, klik di sini

Terdapat pelbagai bentuk koloni kelulut yang boleh dijadikan hiasan. Ada yang gemar dijadikan bonsai. Gambar di bawah menunjukkan bagaimana koloni kelulut sebagai bonsai yang masih lagi dalam proses penyiapan.

Kelulut hiasan yang masih dalam penyiapan

Kelulut hiasan yang sudah hampir siap pembikinannya

Mungkin anda berminat untuk memiliki kelulut hiasan ini. Selain dapat menuai madu untuk diminum sendiri, koloni kelulut ini boleh dijadikan hiasan yang sangat cantik dirumah anda.

Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan sila SMS/Wassap ke 0173182835.

Anda juga boleh follow FB kami di kelulut Nadz Bio atau instagram : NADZ-Bio untuk mendapatkan maklumat lanjut dan tips-tips ringkas tentang kelulut.

Friday, 12 June 2015

PENTERNAKAN KELULUT: CABARAN DAN RISIKO

  

Sarang kelulut ditenggelami banjir.

Seperti lain-lain industri penternakan, menternak lebah kelulut juga mempunyai cabaran dan risikonya yang tersendiri. Kita selalu mendengar cerita tentang kelulut lambat membina kantung madu, koloni kelulut lari dari sarangnya, kelulut diserang kulat, malah tidak kurang juga yang kehilangan log kelulut akibat dari kecurian. Inilah antara masalah-masalah dan cabaran yang terpaksa ditanggung oleh para penternak lebah kelulut. Akibatnya para penternak akan mengalami kerugian yang bukan sedikit.

 Secara ringkasnya, mengikut pengalaman kami, cabaran yang perlu dihadapi oleh para penternak adalah sebagaimana berikut;

1. Risiko Cuaca.

 Lebah kelulut amat sensitif dengan perubahan cuaca yang ketara. Misalnya, pada musim tengkujuh yang lalu, kami telah kehilangan berpuluh-puluh koloni akibat ditenggelami banjir. Ada sesetengah koloni yang dapat diselamatkan, namun kelulut akhirnya meninggalkan sarang selepas beberapa minggu, mungkin kerana log kelulut telah dimasuki air akibat hujan yang terlalu lebat. Perlu diingatkan bahawa lebah kelulut amat sensitif dengan air. Air juga amat berisiko untuk kelulut diserang kulat.

Selepas mengalami bah kuning pada bulan Disember 2014, tempat kami mengalami kemarau yang panjang, bermula pada Januari 2015 sehinggalah Mei 2015. Dalam tempoh ini, suhu boleh mencecah sehingga 34 darjah celciuis dan kadar kelembapan kurang dari 65. Sebagaimana yang kita ketahui, lebah kelulut hidup di dalam persekitaran yang sederhana lembab (kadar kelembapan 65 – 75) dan kering serta suhu sekitar 28 – 30 darjah celcius. Ini memberikan cabaran yang besar buat kelulut untuk terus mendiami di dalam sesuatu log kelulut. Akibatnya, terdapat beberapa log kelulut kami telah meninggalkan sarangnya.



Kelulut tinggalkan sarangnya.
 

2. Persekitaran

Kawasan persekitaran turut memainkan peranan besar di dalam penternakan kelulut. Kebiasaannya, kelulut akan terus mendiami di sesuatu tempat itu sekiranya ia sesuai dengan habitat asalnya. Misalnya, persekitaran yang bersih dan tidak berbau busuk amat disukai oleh kelulut. Ia perlu bebas daripada musuh-musuh utama seperti semut, lipas, cicak, ular, biawak dan seumpamanya. Keadaan sebaliknya boleh menyebabkan kelulut lari dan meninggalkan sarangnya.


3. Sumber Makanan

 Sumber makanan memainkan peranan yang amat penting kepada lebah kelulut. Sebagaimana hidupan lain, lebah kelulut akan meninggalkan sarang sekiranya sumber makanan tidak mencukupi. Mengikut kajian, lebah kelulut hanya mampu terbang sejauh 5km radius untuk mendapatkan sumber makanan. Pokok-pokok yang bergetah dan bunga-bungaan amat digemari oleh lebah kelulut. Lebah kelulut akan lebih cepat membina kantung madu sekiranya sumber pemakanan mencukupi. 


4. Kegitan Manusia Di Kawasan Penternakan Kelulut.

 Pembakaran terbuka perlu dielakkan. Asap yang tebal boleh mengakibatkan kelulut lari meninggalkan sarang. Menternak ayam itik dan seumpamanya adalah tidak digalakkan. Jumlah koloni kelulut akan berkurang akibat dimakan oleh ayam itik.


Pemandangan sebuah taman kelulut


5. Pemotongan Log Kelulut.

Pemotongan yang betul terhadap log kelulut boleh menentukan sesuatu koloni itu membina kantung madu di dalam kotak haif atau tidak. Pemotongan yang salah boleh mengakibatkan koloni kelulut tidak membina kantung madu atau lebih teruk lagi, lari meninggalkan sarangnya. Jika kurang pasti, anda perlu mendapat khidmat pakar untuk melakukannya.

Mungkin terdapat banyak lagi cabaran dan risiko yang perlu dihadapi. Insya Allah kita akan berkongsi pada posting yang akan datang. Semoga perkonsian ini memanfaatkan anda. Selamat maju jaya.

Anda juga boleh melayari fb kami di kelulut Nadz-Bio atau Instagram kami NADZ-Bio untuk mendapat maklumat ringkas tentang kelulut.

Friday, 5 June 2015

PENTERNAKAN LEBAH KELULUT

Kali ini, kami ingin berkongsi tentang cara mudah untuk menternak lebah kelulut. Secara ringkasnya, penternakan lebah kelulut boleh dibahagi kepada 5 tugasan utama. Langkah pertama adalah mendapatkan log yang mempunyai koloni kelulut. Anda boleh mencari sendiri log kelulut ini yang biasanya terdapat di dalam hutan ataupun dusun buah-buahan. Anda juga boleh membeli log yang mempunyai koloni kelulut daripada pembekal-pembekal yang telah sedia ada. Harga pasaran bagi log kelulut ini adalah antara RM300 hingga RM1000, bergantung kepada saiz log dan jenis kelulut yang terdapat di dalamnya.

Log kelulut yang belum dipotong


Setelah mendapatkan log kelulut, anda perlu memotong log tersebut untuk dibuat topping dan memasang kotak haif di atasnya. Ada juga pengusaha yang membuat kaedah pemindahan koloni dengan memasukkan keseluruhan sarang kelulut ke dalam kotak khas untuk penuaian madu. Perlu diingatkan bahawa pemotongan log hendaklah dibuat secara berhati-hati bagi memastikan kedudukan kantung madu dan telur tidak terjejas. Pemotongan yang tepat boleh membantu penternak mendapat hasil yang lebih cepat. Bagi penternak yang baharu, penulis lebih mengesyorkan kaedah topping kerana ianya lebih mudah dan cepat mendatangkan hasil. 

Log kelulut dipotong untuk dibuat topping
Log kelulut yang lengkap dengan kotak haif


Langkah ketiga adalah pemasangan kotak haif yang diperbuat daripada kayu untuk tuaian madu. Saiz kotak bergantung kepada kesesuaian dan saiz log kelulut. Biasanya saiz kotak haif adalah antara 300mm sehingga 600mm dan tinggi kotak pula adalah antara 50mm sehingga 200mm. Kebiasaannya, plastik transparen diletakkan di bahagian atas kotak haif. Ini bagi memudahkan penternak meninjau perkembangan koloni kelulut, misalnya sudah naik ke belum, sudah ada kantung madu ke belum....dan sebagainya. 

Setelah selesai memasang kotak haif pada log kelulut, proses penternakan kelulut kini sudah bermula. Tinjauan dan pemeriksaan berkala perlu dilakukan bagi memastikan koloni kelulut tiada gangguan musuh seperti anai-anai, lipas, cicak, semut dan lain-lain. Anda juga boleh meninjau perkembangan koloni kelulut samada sudah membina kantung madu atau belum. Sebagai contoh, koloni dari spesies Trigona Itama mengambil masa antara dua minggu hingga empat minggu untuk menghasilkan tempayan yang berisi madu, bergantung kepada kerajinan koloni tersebut. 

Anda sudah boleh menuai madu dari dalam kotak haif setelah koloni kelulut membina tempayan kecil yang berisi madu dengan secukupnya. Secara purata, setiap tempayan madu dari spesies Trigona Itama mengandungi 3ml hingga 5ml. Berapa ml yang anda mahu....misalnya jika anda mahukan 200ml madu kelulut, anda perlu tunggu bilangan kantung madu sehinnga mencapai lebih kurang 50 biji. 

Anda boleh menyedut madu daripada kantung-kantung di dalam kotak haif dengan menggunakan alat sedutan manual ataupun mesin penyedut yang direka khas. Kebiasaannya, alat penyedut yang digunakan adalah seperti picagari atau mesin penyedut yang direka khas. Anda boleh menyimpan hasil madu yang diperoleh di dalam bekas kaca seperti botol untuk tahan lebih lama. 

Secara ringkas, proses penternakan kelulut ini dipaparkan didalam klip video seperti dibawah. 




Diharapkan perkongsian kami ini dapat memberi sedikit manfaat kepada anda yang berminat untuk menjadi penternak kelulut. Selamat maju jaya dari kami di Nadz-Bio. Untuk sebarang pertanyaan, boleh SMS/Whatsapp ke 0173182835 atau datang sendiri ke lokasi ladang ternakan kelulut kami di To' Uban, Pasir Mas, Kelantan. 

Sunday, 31 May 2015

LEBAH KELULUT PEMBAWA RAHMAT KEPADA ALAM

Log kelulut
Kali ini kami ingin berkongsi dengan pembaca tentang lebah kelulut yang membawa rahmat kepada penghuni alam ini. Secara ringkasnya kelulut membawa empat rahmat utama kepada manusia dan alam ini, iaitu penghasilan madu, propolis, pollen atau bee bread serta ejen pendebungaan semulajadi.

Sarang kelulut bersama kotak haif

Umum mengetahui bahawa madu kelulut amat bernilai dan tinggi khasiatnya. Malah, mengikut kajian, madu kelulut lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah (apis). Madu kelulut dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit yang serius sebagaimana tercatat di dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 68 dan 69 yang bermaksud “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit , di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.” “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”

Selain itu, khasiat madu kelulut juga telah tercatat di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh  Abu Hurairah R.A. yang bermaksud “sesiapa menjilat (meminum) madu 3 pagi setiap bulan, tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat”. Kajian secara klinikal oleh beberapa universiti tempatan dan antarabangsa serta pihak MARDI telah menunjukkan bahawa madu kelulut berupaya mengurangkan masalah seperti kencing manis, darah tinggi, strok, kanser, hepatitis dan lain-lain penyakit kronik.

Kelulut juga boleh menghasilkan propolis daripada kantung-kantung madu. Propolis sememangnya telah terbukti secara klinikal mampu mengatasi masalah berkaitan kulit seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik hitam, selain melembap, mencerah dan memutihkan kulit. Malah, propolis sejak sekian lama telah digunakan oleh pakar-pakar kecantikan di dalam industri kecantikan dan kesihatan. 


Gambar menunjukkan madu kelulut yang disimpan di dalam
kantung-kantung propolis
Madu kelulut yang telah siap dibotolkan




Selain itu, kelulut juga menghasilkan bee bread atau lebih dikenali dengan panggilan pollen. Pollen juga sangat terkenal didalam bidang makanan kesihatan. Ia dikatakan mampu menguatkan minda dan merangsang sel-sel otak menjadikan penggunanya lebih cerdas dan cergas. Pollen digunakan dengan meluas di dalam penghasilan makanan kesihatan termasuklah bagi kanak-kanak dan dewasa.

Gambar menunjukkan bee bread atau pollen (berwarna kekuningan) yang terdapat di dalam kantung
Selain manusia, kelulut juga telah memberi manfaat besar kepada tumbuh-tumbuhan. Ia dikatakan menjadi ejen pendebungaan semulajadi sehingga pokok buah-buahan berbuah dengan lebatnya. Kajian yang dilakukan oleh pihak berkuasa seperti MARDI telah menunjukkan kelulut adalah ejen pendebungaan terbaik bagi pokok buah-buahan seperti belimbing, durian, rambutan, nangka dan lain-lain. Pihak kami juga mendapati pokok-pokok di sekeliling seperti rambutan, nangka, machang dan limau berbuah semakin lebat setelah kami menternak kelulut.


Gambar menunjukkan bunga limau dan buah machang yang lebat
Gambar menunjukkan pokok nangka yang berbuah lebat

Gambar menujukkan rambutan yang berbunga dengan banyaknya

Untuk keterangan lanjut, sila SMS/Whatsapp ke 0173182835 atau ikuti instagram kami : NADZ-Bio atau facebook kami : Nadz-Bio


Thursday, 28 May 2015

Kenali Lebah Kelulut

Lebah kelulut atau kelulut (meliponini-nama saintifik) merupahan lebah yang tidak bersengat dan mampu menghasilkan madu seperti lebah madu (apis). Mengikut kajian, terdapat hampir 500 spesies kelulut di dunia. Ia kebanyakannya boleh didapati di kawasan tropika seperti di Australia, sesetengah negara di Afrika dan Amerika serta negara-negara di Asia Tenggara seperti Malaysia. Di Malaysia, terdapat kira-kira 32 spesies kelulut yang ditemui. Antara yang menjadi pilihan para penternak adalah dari spesies trigona scaptotrigona, trigona laeviceps, trigona apicalis, trigona itama dan lain-lain. 

Secara fizikalnya, lebah kelulut bersaiz antara 3mm hingga 8mm dan sangat lincah bergerak. Walaupun lebah kelulut mirip lebah bersengat, saiznya jauh lebih kecil. Ia mempunyai 3 pasang kaki yang beruas-ruas dan sepasang kaki belakang yang mempunyai banyak jejari halus khusus untuk mengutip dan memegang madu atau nektar yang dipungut dari tumbuh-tumbuhan. Pada bahagian kepala pula terdapat sepasang mata yang lebar, lengkap dengan antenna sebagai deria pengesanan. Mulutnya mempunyai muncung yang halus dan panjang, membolehkan kelulut menghisap madu di ruangan yang sempit dan jauh ke dalam bunga-bungaan. Pada bahagian badannya terdapat sayap yang panjang dan mampu bergerak lincah di udara. berikut adalah gambar2 kelulut. Layari instagram kami : NADZ-Bio atau SMS/Whatsapp ke 017318 2835 untuk keterangan lanjut.





Tuesday, 26 May 2015

Fakta Mengenai NADZ-Bio


Kami memulakan ternakan lebah kelulut pada pertengahan tahun 2014 dengan mempunyai hanya 10 koloni dari jenis Trigona itama dan Laviceps. Kini kami mempunyai ratusan koloni lebah kelulut dari berbagai spesies yang diternak di kawasan seluas 2.3 ekar, yang dikelilingi oleh kebun-kebun dan dusun buah-buahan serta hutan hujan tropika yang semulajadi.






Terletak di To' Uban Pasir Mas, Kelantan, ladang kami kini telah mengeluarkan hasil seperti madu, propolis dan 'bee bread' atau lebih dikenali dengan panggilan polen. Produk lebah kelulut yang semulajadi ini terkenal dengan pelbagai khasiatnya. Madu kelulut boleh diminum begitu sahaja, propolis pula amat sesuai dijadikan produk kecantikan, manakala polen pula boleh dijadikan sebagai pemakanan untuk menguatkan minda. 





Sebagai penternak dan pengeluar produk lebah kelulut, produk kami dijamin ketulenannya. selain itu, produk kami berkualiti dan mempunyai bekalan secara berterusan. Kami telah mengeluarkan produk madu kelulut di bawah jenama BHONEY dan sabun pencuci muka atau 'facial soap' yang dipanggil sabun propolis kelulut. InsyaAllah, kami kini sedang berusaha untuk mengeluarkan lebih banyak lagi produk berasaskan lebah kelulut. untuk keterangan lanjut, sila SMS/Whatsapp ke 0173182835
Lawati juga instagram kami : NADZ-Bio


Saturday, 23 May 2015

Khasiat Madu Kelulut


Assalamualaikum..
Saya akan menceritakan tentang khasiat madu kelulut pada entri pertama ini.

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nahl ayat 68 hingga 69 yang bermaksud,: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit , di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.” “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”

Mengikut kajian yang dilakukan oleh pihak MARDI, USM, UniMAP dan UMK, antara khasiat madu kelulut adalah:
  1.   Madu kelulut mengandungi asid fenolik bebas yang boleh bertindak sebagai antikanser, antitumor, antioksidan, menurunkan glukosa, mengurangkan kerosakan fungsi ginjal, dan menguatkan tulang – Mohd Fahimee Jaapar (MARDI)
  2. Madu kelulut boleh membantu mengurangkan masalah kencing manis, darah tinggi, kanser, strok, hepatitis dan batu karang – Utusan Malaysia (20/5/2011)
  3.  Madu kelulut mengandungi bahan antioksidan yang tinggi dan amat baik untuk kesihatan – Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed (Pengarah Kampus Kesihatan USM)
  4.  Madu kelulut mengandungi bahan antioksidan yang tinggi boleh membantu membekalkan nutrient, melindungi dan menyihatkan bahagian dalaman badan, mengurangkan masalah pencernaan, dan melambatkan proses penuaan – Prof Dr Siti Amrah Sulaiman (Penyelaras Penyelidikan Perubatan Tradisional dan Komplimentari PPSP USM)
  5. Madu kelulut boleh memperlahankan pertumbuhan sel kanser, mengecutkan keradangan, menambahkan tenaga batin, baik untuk wanita baru bersalin dan membantu merawat kecederaan dalaman – (MARDI)